Pada senja itu, sepasang kekasih yang masih mencintai antara
satu sama lain (tapi tlah lama terputus hubungan atas sesuatu yang tak dapat
disimpulkan), sedang duduk di tepi tasik biru ditemani bungaan mekar dengan perasaan masing masing yang sedang
bercampur antara sedih kerana mereka tidak lagi bersama, gembira kerana bisa
melepaskan rindu walau hanya dengan bertentangan mata, dan amarah tentang masa
lalu yang hampir meragut jiwa mereka.
“Jadi, apa lagi yang kita berdua bisa lakukan selepas apa
yang telah terjadi selama ini?” ujar si gadis yang mempunyai sepasang mata
redup dan begitu bundar, yang masih bisa cairkan hati sang pencintanya yang
setia.
“Eloknya kita begini aja. Aku begitu malu dengan diriku. Dan
aku begitu malu dengan masa laluku. Aku tidak betah melukaimu lagi, sayang. Aku
tau jika aku berjanji lagi untuk kali ini, kamu akan menganggap janjiku itu sama
seperti debu-debu yang cuma melaluimu seperti laki-laki durjana, cumaan tabur segala janji manis lalu pergi lagi”,
jawab si lelaki, pencinta si gadis yang telah mencuri hatinya sejak lima tahun
yang lalu.
“Iya, aku cuma takut kamu akan pergi meninggalkan aku lagi
sama seperti sebelum-sebelum ini. Asal kamu tahu, sayang, jiwa aku tlah begitu
lama hilang. Setelah kepergianmu, aku tiada lagi cebisan hati untuk diberikan
kepada sesiapa malahan untuk kongsikan sezarah pun, tiada lagi aku termampu”
balas si gadis yang tlah lama jauh bersendiri meratapi hatinya yang mati.
“Manisku, aku slalu mengerti kamu. Dan cuma kamu seorang
saja yang masih ada di dalam benakku seperti hari-hari yang selalu suatu ketika
dahulu. Tlah aku cuba menginginkan dan memahu kan yang lain-lain, akan tetapi, satu
pun tidak bisa membuat aku melupakan segala memori kita yang manis-manis dan
kenangan kita yang pedih-pedih yang pernah kita berdua lalui bersama pada
tahun-tahun kita yang lalu. Aku mengerti atas ketakutanmu, atas fobiamu untuk
mencintai aku sekali lagi. Tetapi, mengertilah, kekasihku, aku tidak pernah
mengenal arti lelah mecintai sepasang matamu yag dipinjamkan Tuhan buat aku
tatap pada waktu ini malah untuk selamanya pun aku mampu, walau setelah apa yang terjadi. Kita masih perlu kuatkan diri dan
tidak lagi membiarkan hal-hal remeh
meranapkan kita lagi untuk kali ini”, ujar si lelaki yang begitu rigeret
dengan kesalahan yang masih terletak di atas bahunya. Masih berat, sama seperti
tujuh bulan yang lalu.
Dan setelah itu, air mata sepasang kekasih tersebut mengalir dengan begitu laju lalu ia mengering dan seterusnya mereka berdua meneggelamkan diri mereka di dalam tasik yang secara tiba-tiba berubah
warna menjadi kelabu.